Home Global LA terbakar: 24 nyawa melayang setakat ini

LA terbakar: 24 nyawa melayang setakat ini

39
0
Penduduk melarikan diri daripada kebakaran yang kini berisiko meliputi kawasan lebih luas di Los Angeles. 📸 AP

LOS ANGELES – Jumlah korban akibat kebakaran di Los Angeles, California kini meningkat kepada 24 orang.

Pasukan Bomba Los Angeles (LAFD) kini berada pada tahap kritikal masuk hari keenam operasi pemadaman.

Usaha pemadaman dijangka berdepan kesukaran dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Ancaman kebakaran masih pada tahap tinggi dengan tiupan angin kencang ‘Santa Ana’ diramalkan kembali minggu ini.

Setakat ini sekurang-kurangnya 13 peratus kebakaran Palisades berjaya dikawal dengan usaha keras dilakukan bagi memastikan api tidak merebak di kawasan itu.

Kebakaran ‘Eatin’ di Altadena pula berjaya dikawal pada tahap 27 peratus.

Operasi pemadaman turut disertai lebih 930 banduan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here