Home Kes Kapal cuba seludup petrol subsidi hampir RM300 ribu ditumpas

Kapal cuba seludup petrol subsidi hampir RM300 ribu ditumpas

10
0
Siti Mang (tengah) bersama pegawai kastam meninjau kapal kargo tempatan yang dirampas, disyaki menyeludup petrol ke negara jiran. 📸 Bernama

SANDAKAN – Cubaan sebanyak 111,391 liter petrol bernilai hampir RM300,000, disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran menggunakan kapal kargo dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang, kapal kargo tempatan itu ditahan pada 7.48 malam, 19 November lalu oleh pasukan serbuan terdiri daripada anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Lahad Datu dan Sandakan.

Katanya, tindakan diambil atas maklumat yang mendakwa kapal itu berisi minyak yang cuba diseludup keluar melalui perairan Sabah.

“Hasil pemeriksaan ke atas kapal menemukan 111,391 liter petrol dianggarkan RM228,352.55, manakala cukai RM66,835.60.

“Minyak dan kapal kargo bernilai RM250,000 itu disita dengan keseluruhan rampasan berjumlah RM545,186.15,” katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, juragan kapal kargo warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 139 Akta Kastam 1967.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terhadap sebarang kes jenayah dan penyeludupan hasil negara untuk menghubung pihak berkuasa.

Maklumat boleh disalurkan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here