
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan antara topik yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri adalah melibatkan usaha penambahbaikan Malaysia Airlines (MAS).
Perdana Menteri berkata setiap minggu ia menjadi topik perbincangan, namun usaha untuk memulihkan reputasi MAS sudah dimulakan.
āUsaha memulihkan telah dimulakan, saya ucapkan tahniah, tetapi ia mengambil masa, kerajaan hampir setiap minggu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, tiap-tiap minggu kita bicarakan untuk selamatkan (MAS),ā katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional (Khazanah) di Mitec, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.
Justeru itu, katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan MAS kembali unggul sebagai peneraju syarikat penerbangan negara.
āKhazah (Khazanah Nasional Berhad) bersama Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat semula (prestasi MAS) dengan apa cara yang munasabah,ā jelasnya.
Terdahulu, beberapa inĀsiden melibatkan pesawat MAS yang terpaksa berpatah balik telah menyaksikan imej syarikat penerĀbangan negara itu semakin terĀcalar sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengguna.
Insiden terbaharu melibatĀkan pesawat MH66 penerbaĀngan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.
Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.