Home Global Jemaah Wonosobo solat raya dalam kebun

Jemaah Wonosobo solat raya dalam kebun

7
0
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menunaikan solat di kawasan kebun di Wonosobo pada Sabtu. ๐Ÿ“ธ TikTok

JAKARTA โ€“ Penduduk di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan kebun berlatarkan pemandangan gunung berapi, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Wonosobo dalam daerah Garung semalam.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sttevannzz menunjukkan warga setempat khusyuk menunaikan solat Aidiladha secara berjemaah di celah-celah tanaman.

Ada antara mereka sanggup melaksanakan solat di atas tanah lembab.

Bahkan, jemaah solat juga bercampur saf lelaki dan wanita.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

โ€œBanyak lagi tempat yang selesa,โ€ kata seorang netizen.

โ€œMalu negara luar tengok,โ€ kata pengguna media sosial lain. โ€“ AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here