Home Kes Ismail Sabri ‘kena sidai’ tujuh jam beri keterangan hari ke-8

Ismail Sabri ‘kena sidai’ tujuh jam beri keterangan hari ke-8

46
0
Ismail Sabri akan dipanggil semula jam 3 petang esok.

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hari kelapan sesi soal siasat yang dijalankan ke atasnya hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu keluar dari kawasan bangunan SPRM kira-kira 6.10 petang, kira-kira tujuh jam selepas tiba di ibu pejabat agensi pencegahan rasuah itu pagi tadi.

Sumber SPRM memaklumkan bahawa Ismail akan dipanggil semula untuk disoal siasat pada jam 3 petang esok.

SPRM menyambung sesi soal siasat terhadap bekas naib presiden Umno itu hari ini, sebagai suspek dalam siasatan melibatkan empat bekas pegawai kanan beliau.

Ismail mengisytiharkan aset kepada SPRM pada 10 Feb dan pertama kali dipanggil agensi itu untuk disoal siasat pada 19 Feb.

Beliau turut hadir untuk disoal siasat pada 13, 14, 17, 19, 20 dan 24 Mac, dengan setiap sesi berlangsung sekitar enam jam.

Ismail, yang dilaporkan rebah di rumah pada 22 Feb dan dimasukkan ke hospital akibat masalah tekanan darah, tidak dapat hadir ke dua sesi bersama SPRM pada 5 dan 7 Mac.

SPRM menyiasat penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit yang dirampas dalam serbuan di kediaman empat pegawai berkenaan serta tiga premis lain yang dipercayai digunakan sebagai ‘rumah selamat’ (safe house).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here