Home Sukan Everton bikin Liverpool ceria

Everton bikin Liverpool ceria

25
0
Kesempatan Arsenal merapatkan jurang mata dengan Liverpool musnah apabila jaringan penyamaan muncul ketika Everton seri di Goodison Park. 📸 AFP

LIVERPOOL – Pasukan Arsenal gagal menambah tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selepas terikat seri 1-1 ketika bertemu Everton pada aksi di Stadium Goodison Park sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta dilihat terdesak untuk memburu kemenangan sekali gus merapatkan jurang 12 mata dengan The Reds.

Namun, Arteta membuat kejutan dengan merehatkan beberapa tonggak penting seperti Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Martin Odergaard dalam kesebelasan utama.

Situasi tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan rentak Arsenal yang berjaya mendahului 1-0 pada babak pertama hasil penyudah Leandro Trossard.

Jaringan Leandro Trossard belum cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat Arsenal. 📸 Getty Images

Bersambung pada babak kedua, kesilapan pemain muda, Myles Lewis-Skelly yang menerjah tonggak The Toffees, Jack Harrison membawa padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat tuan rumah.

Kesempatan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang Everton, Iliman Ndiaye untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-49.

Tersentak dengan gol tersebut, Arsenal berusaha untuk menggandakan asakan ke kubu Everton tetapi gagal melakukan sebarang ancaman dengan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Situasi tersebut menyaksian misi The Gunners untuk memintas Liverpool semakin sukar ketika saingan EPL hanya berbaki tujuh perlawanan lagi.

Liverpool dijadualkan bertemu Fulham pada aksi di Craven Cottage malam esok. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here