Home Nasional 1BestariNet: Siapa Yang Akan Kena?

1BestariNet: Siapa Yang Akan Kena?

36
0
SPRM telah membuat penggeledahan ke atas pejabat kerajaan dan pejabat YTL di Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR – YTL Communications Sdn Bhd (YTL) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini meminta maklumat daripada pihaknya berhubung projek 1BestariNet.

YTL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam melakukan siasatan berhubung projek tersebut.

“Dalam hal ini, kami ingin mengesahkan bahawa SPRM baru-baru ini telah meminta maklumat daripada YTL berkenaan dengan projek 1Bestarinet.

“YTL memberikan kerjasama penuh kepada SPRM mengenai perkara ini dan percaya bahawa perkara itu akan diselesaikan dengan baik,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada tahun 2011.

Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan ke atas pejabat kerajaan dan pejabat YTL di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, YTL menjelaskan projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada syarikatnya pada tahun 2011 oleh KPM menurut kepada tender terbuka melibatkan 19 syarikat yang membuat tawaran untuk projek berkenaan.

“YTL dipilih sebagai pembida yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif. Projek berkenaan diperakui oleh KPM sebagai berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019,” katanya.

Pada 2020, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merancang menjalankan siasatan terhadap 1BestariNet, sekali gus menjadikan kali kedua projek bernilai RM2.71 bilion itu diteliti dalam beberapa tahun terakhir.

Dalam sidang media itu, ketua PAC Wong Kah Woh mengatakan bahawa jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa objektif projek tersebut masih belum tercapai.

“Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Pemerolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSUPKK) melaporkan dalam analisisnya mengenai kelemahan dan kecuaian dari segi tadbir urus yang menyebabkan objektif projek ini tidak tercapai,” katanya.

Apakah dakwaan ini benar terhadap Muhyiddin?

Jawatankuasa ini secara khusus akan mengkaji apa yang berlaku antara 2011 dan 2019, di mana sejumlah RM2.71 bilion dibelanjakan.

Keseluruhan projek 15 tahun bernilai RM4.47 bilion dan kini dalam fasa ketiga, dengan tarikh pelaksanaan sepenuhnya ditetapkan pada tahun 2026.

Terdahulu pada tahun 2016, PAC telah menyiasat projek tersebut dan salah satu penemuannya adalah YTL telah membayar sewa jauh lebih rendah untuk tapak menara telekomunikasi berikutan “campur tangan” oleh menteri bagi pihak konglomerat.

Sementara itu PAC juga membuat keputusan untuk menjalankan prosiding terhadap pelaksanaan pertukaran tanah (land swap) dari tahun 1995 hingga 2018 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

Wong berkata, JKSTUPKK telah menjalankan siasatan terhadap 16 kes land swap yang melibatkan 2,932 ekar tanah kerajaan dengan nilai tanah berjumlah RM4.8 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here