Home Kes Lemas di sungai dihanyut arus deras!

Lemas di sungai dihanyut arus deras!

21
0
Pasukan bomba dibantu pegawai perubatan memberi bantuan CPR kepada salah seorang mangsa yang berjaya dibawa naik ke tebing oleh orang awam di Gopeng. Foto JBPM Perak

KAMPAR – Tiga peserta yang menyertai kursus di Gopeng maut akibat lemas, ketika aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Kampar di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.56 petang tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing. Mangsa dinaikkan di dua lokasi berbeza kerana hanyut dibawa arus deras. Jarak perjalanan rafting adalah enam kilometer menyusuri sungai.

“Tempat dipercayai mangsa dihanyutkan arus berlaku di selepas 4 kilometer perjalanan menyusuri sungai. Mangsa berjaya ditemui dan dinaikkan di kawasan yang sepatutnya aktiviti berkenaan berakhir,” katanya

Dua orang mangsa dinaikkan berhampiran Jalan Kampung Pintu Padang manakala sorang lagi mangsa dinaikkan berhampiran River Park, disahkan telah meninggal dunia.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Mangsa difahamkan sebahagian dari 22 peserta daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah dan Langkawi.

Mereka berserta 6 orang pemandu peserta turun ke kawasan sungai bermula pada jam 3.30 petang bagi menjalani aktiviti meredah sungai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here