Home Nasional Kabinet Bincang Setiap Minggu Tambah Baik MAS – PM

Kabinet Bincang Setiap Minggu Tambah Baik MAS – PM

68
0
Anwar mendedahkan antara topik utama perbincangan Jemaah Menteri ialah usaha penambahbaikan MAS. šŸ“· Bernama

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan antara topik yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri adalah melibatkan usaha penambahbaikan Malaysia Airlines (MAS).

Perdana Menteri berkata setiap minggu ia menjadi topik perbincangan, namun usaha untuk memulihkan reputasi MAS sudah dimulakan.

ā€œUsaha memulihkan telah dimulakan, saya ucapkan tahniah, tetapi ia mengambil masa, kerajaan hampir setiap minggu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, tiap-tiap minggu kita bicarakan untuk selamatkan (MAS),ā€ katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional (Khazanah) di Mitec, di sini hari ini.

Pesawat MAS yang berpatah balik ekoran masalah teknikal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.

Justeru itu, katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan MAS kembali unggul sebagai peneraju syarikat penerbangan negara.

ā€œKhazah (Khazanah Nasional Berhad) bersama Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat semula (prestasi MAS) dengan apa cara yang munasabah,ā€ jelasnya.

Terdahulu, beberapa inĀ­siden melibatkan pesawat MAS yang terpaksa berpatah balik telah menyaksikan imej syarikat penerĀ­bangan negara itu semakin terĀ­calar sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengguna.

Insiden terbaharu melibatĀ­kan pesawat MH66 penerbaĀ­ngan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan.