Home Terkini PM beramah mesra dengan komuniti Islam Perancis

PM beramah mesra dengan komuniti Islam Perancis

39
0
Anwar menyerahkan naskah Al-Quran khas kepada Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz pada 4 Julai 2025. đŸ“¸ FB Anwar Ibrahim

PARIS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Sesi itu diadakan sempena lawatan rasminya selama dua hari ke negara berkenaan, bermula semalam.

Anwar berkata, pertemuan itu membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.

Anwar menyerahkan naskah Al-Quran khas kepada Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz pada 4 Julai 2025. đŸ“¸ FB Anwar Ibrahim

“Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis.

“Usai pertemuan, saya bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini,” katanya dalam kenyataan.