ISTANBUL – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengesahkan tiada peningkatan paras radiasi dikesan di tapak nuklear Natanz, Iran susulan serangan Israel ke atas kemudahan itu, lapor Anadolu Ajansi.
Selain itu, IAEA turut memaklumkan Loji Kuasa Nuklear Bushehr tidak terkena sebarang serangan Israel.
âPihak berkuasa Iran memaklumkan IAEA bahawa Loji Kuasa Nuklear Bushehr tidak menjadi sasaran dan tiada peningkatan paras radiasi dikesan di tapak Natanz,â kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi dalam hantaran X.
Beliau berkata, agensi itu sedang berhubung dengan pihak berkuasa Iran mengenai paras radiasi dan pemeriksanya di negara berkenaan.