Home Global Malaysia adakan perbincangan bersama pimpinan negara ASEAN isu tarif AS

Malaysia adakan perbincangan bersama pimpinan negara ASEAN isu tarif AS

12
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. 📸 FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia selaku Pengerusi ASEAN mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehubungan itu berkata, beliau berkesempatan mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN antaranya Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura hari ini.

Perbualan telefon itu diadakan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. 📸 FB Anwar Ibrahim

Ia bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik AS.

“Insya-Allah, Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan akan terus membincangkan perkara ini dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here