Home Negeri 25 mangsa insiden Putra Heights terima bantuan SUV, wang petrol RM100

25 mangsa insiden Putra Heights terima bantuan SUV, wang petrol RM100

47
0
Amirudin melawat mangsa insiden Putra Heights di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Selasa lalu. 📸 IG Amirudin Shari

SUBANG JAYA – Seramai 25 mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini, Selasa lalu, menerima bantuan kenderaan sementara, hari ini.

Kesemua mereka memperoleh bantuan kenderaan utiliti sukan (SUV) sumbangan pihak swasta serta wang petrol bernilai RM100.

Sesi penyerahan bantuan itu disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan dan EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.

Terdahulu Kerajaan Selangor menawarkan sebanyak 100 buah rumah sementara kepada mangsa insiden letupan saluran gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Amirudin melawat mangsa insiden Putra Heights di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Selasa lalu. 📸 IG Amirudin Shari

Amirudin berkata, tawaran itu dibuat menerusi skim SMART Sewa Selangor dengan sebahagian kadar sewaan akan ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri ketika ini masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara berkenaan, selain mangsa dijangka memasuki rumah itu mulai minggu depan.

Ia susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agensi berkaitan membantu selain turut mendoakan urusan semua petugas di lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights termasuk agensi penyelamat dipermudahkan.

“Saya meminta kerajaan negeri serta agensi terlibat beri bantuan sewajarnya kepada mangsa yang dipindahkan,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook beliau bagi mengulas insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here